Friday, December 18, 2009
SPM IS OVER!!!!!!
Posted by Mohd Aizat at 7:04 PM 0 comments
Monday, October 19, 2009
Petua-Petua Untuk Cover Malu
Petua Untuk Cover Malu
1.Jika diketawakan rakan ketika tertidur kat opis hingga meleleh air liur basi...
Terus bangun separuh sedar dan buat-buat kene sawan sambil keluarkan lagi air liur. Gerenti member korang akan panik dan berenti ketawakan orang...
2. Kalau tersilap menyapa orang yang tak dikenali...
Teruskan menganggap dia kenal korang dan bagi dia duit kononnya korang pernah berhutang dengannya. Mesti dia pun mengaku korang kenalannya...
3. Jika ditegur orang kerana zip seluar terbuka...
Jawab je dengan selamba mengatakan ini adalah gaya berfesyen atau katakan bahawa zip itu rosak sambil berfalsafah 'biar rosak zip, jangan rosak akhlak'...
4. Bercakap sorang diri kerana member ketinggalan kat belakang...
Teruskan bercakap dan ketawa sambil menyumpah member korang tu sensorang. Tentu orang takkan gelakkan kerana menyangka korang ada masalah mental kronik...
5. Tersilap masuk tandas wanita...
Buat- buat wajah glabah dan cemas sambil berlakon menyatakan tujuan korang masuk kerana nak mencari isteri atau awek korang yang dah sejam tadi tapi tak keluar-keluar lagik...
~ JUz For Fun! Kah! Kah!
Posted by Mohd Aizat at 12:18 PM 0 comments
Saturday, October 10, 2009
Petua Pelajar Cemerlang SPM weyh!!!
Ramai tertanya-tanya, mengapa mereka masih tidak mencapai kecemerlangan walaupun telah mentelaah mata pelajaran berjam-jam sehari?
Menjadi seorang yang cemerlang adalah idaman setiap pelajar. Namun tidak ramai menyedari bahawa untuk menjadi seorang yang cemerlang, usaha bukan hanya tertumpu kepada mentelaah buku semata-mata, tetapi juga melibatkan rangkaian beberapa usaha lain.
Mungkin ramai tertanya-tanya, mengapa mereka masih tidak mencapai kecemerlangan walaupun telah mentelaah mata pelajaran berjam-jam sehari.
Pernahkah mereka terfikir bahawa usaha itu harus diselangi dengan doa, memperbaiki diri sebagai insan dan sebagainya.
Di sini disenaraikan beberapa tip membentuk diri menjadi seorang pelajar yang cemerlang sekali gus membentuk diri menjadi insan yang disenangi ramai.
Sentiasa berfikiran positif
Berfikiran positif membantu pelajar membina imej yang meyakinkan, seterusnya membawa perubahan yang baik terhadap pelajaran dan kendiri. Berfikiran positif juga menjadikan pelajar sentiasa ceria dan seronok belajar. Ini boleh membantu proses pembelajaran. Namun, jangan terlebih seronok, nanti orang tersalah anggap pula. Orang yang berfikiran negatif pula mempunyai 10 kali ganda peluang mendapat sakit berbanding dengan mereka yang berfikiran positif.
Nyatakan matlamat
Sentiasa sasarkan satu matlamat sebelum melakukan sesuatu kerana mereka yang mempunyai matlamat lebih mudah mencapai kejayaan yang mereka ingini. Matlamat yang jelas dan hebat dapat membakar semangat. Pastikan matlamat yang diletakkan itu adalah satu matlamat yang membina. Namun, matlamat tanpa usaha tidak membawa erti apa-apa.
Menjaga kesihatan fizikal dan mental
Menjaga kesihatan adalah paling utama supaya pelajar berada dalam kondisi yang terbaik untuk menimba ilmu. Apabila badan dan minda berada dalam keadaan terbaik, pembelajaran akan mudah diterima. Sering bersenam dan berfikiran positif. Elakkan stres yang melampau dan sesekali cuba melakukan aktiviti riadah supaya diri dapat mencapai ketenangan yang ideal. Terlalu berfikir mengenai pembelajaran dan kejayaan juga boleh mengakibatkan minda pelajar menjadi sangat stres. Cuba elakkannya dengan mencari jalan terbaik untuk mengulang kaji pelajaran.
Menjaga pemakanan
Aspek pemakanan juga harus dititik beratkan kerana pemakanan yang seimbang penting bagi menjana pemikiran yang cerdas dan memori yang tajam.
Pelajar boleh mengingati sehingga 90 peratus bahan yang dipelajari apabila diaplikasikan ketika menjawab soalan berkaitan dengan bahan yang dibaca.
Cara belajar yang baik
Belajar dengan baik tidak semestinya mentelaah dari pagi sehingga malam. Pelajar harus tahu bagaimana untuk belajar mengikut kesesuaian diri. Ada yang suka belajar secara berkumpulan dan ada yang suka bersendirian. Cari kesesuaian diri anda. Cari tempat tenang untuk belajar. Ramai pelajar suka mentelaah sambil mendengar muzik. Ia adalah perkara yang patut dielakkan kerana belajar sambil mendengar muzik mengurangkan tumpuan dan menghakis keberkatan ilmu. Kaedah belajar paling berkesan adalah dengan melakar peta minda. Tetapi cuma 20 peratus pelajar yang belajar menggunakan peta minda.
Bergaul dengan positif
Apabila seseorang mempunyai ramai kawan, maka dia akan mempunyai pandangan yang luas kerana boleh bertukar-tukar pendapat berbanding dengan mereka yang lebih suka menyendiri. Kawan boleh menegur setiap kesalahan kita kerana kita tidak dapat melihat kekurangan diri. Namun, pelajar juga harus bijak memilih kawan. Peribadi dan prestasi kita sering dipengaruhi oleh kawan-kawan. Justeru, carilah kawan yang positif dan cemerlang.
Bersyukur
Pelajar harus bersyukur dengan setiap hasil yang diterima dalam peperiksaan kerana ia melambangkan usaha yang telah dilakukan. Jangan salahkan orang lain di atas kegagalan yang kita alami. Jangan juga dengki dengan kejayaan orang lain, sebaliknya ringankan mulut untuk bertanya rahsia mereka. Dekatkan diri dengan tuhan tidak kira apa agama sekali pun. Pelajar juga harus sedia memberi bantuan kepada rakan-rakan lain dan jangan kedekut ilmu. Perbincangan satu kumpulan mampu mendapat keputusan yang terbaik.
Bersedia untuk gagal
Kegagalan adalah lumrah kehidupan. Bersedia untuk mengalaminya kerana disebalik kejayaan, pasti ada kegagalan. Jika kejayaan yang dikecapi itu adalah hasil usaha daripada kegagalan, ia akan lebih bermakna dan diingati. Belajar daripada kesilapan dan cuba cari jalan penyelesaian terbaik untuk memperbaiki kegagalan itu agar ia menjadi kejayaan.
Hargai pendidik
Pendidik adalah tonggak utama kepada kejayaan seorang pelajar. Cuba tunjukkan penghargaan kepada mereka, bukan sahaja apabila anda mendapat kejayaan yang diingini tetapi juga apabila tiba hari-hari tertentu seperti Hari Guru atau hari lahir mereka. Doa pendidik sentiasa dimakbulkan tuhan. Jangan lupa juga kepada ibu bapa kita kerana anak yang derhaka tidak akan mencapai kejayaan.
Usaha yang seimbang
Akhir sekali adalah usaha. Kejayaan tidak datang begitu sahaja tanpa usaha. Namun ia harus diseimbangkan. Jika hanya berusaha mempraktikkan segala tip di atas tanpa mentelaah buku, kejayaan tidak akan dapat dikecapi. Namun, jika hanya mengadap buku tanpa usaha-usaha di atas, kejayaan juga jauh daripada genggaman.
Posted by Mohd Aizat at 11:26 PM 0 comments
5 SeBaB Dia BukaN CeMBuRu Buta
berasas. Di sini dinyatakan 5 keadaan di mana si dia bukanlah cemburu buta jika:
1. Walaupun dia cemburu, tapi dia tetap percayakan kamu untuk membenarkan kamu keluar bersama teman-teman baik mu.Iyalah, kamu juga perlukan masa untuk bersama teman mu. Takkan nak berkepit 24 jam.
2. Dia tak mudah cemburu bila tiba tiba saja kamu menerima panggilan telefon daripada lelaki/wanita yang tidak dikenali.
3. Sanggup menerima penjelasan kamu bila terdengar gosip kononnya kamu keluar dengan lelaki/wanita lain.
4. Tidak kisah kalau kamu beri alasan sibuk dan tidak dapat jumpa dia. Dia tahu kamu memang sibuk dengan kerja dan menganggap kamu sengaja nak cari helah untuk keluar dengan orang lain.
5. Hanya tersenyum bila ada yang memuji kecantikan/ketampanan kamu di hadapannya. Yang penting kamu miliknya.
Okay? Ingat, cemburu memang perlu tapi biarlah berpada-pada. Cemburu buta hanya akan memporak-perandakan hubungan anda bersama insan tersayang.
Posted by Mohd Aizat at 11:13 PM 0 comments
Hanya 8.2 Saat Untuk Jatuh Cinta Pandang Pertama
Saintis baru-baru ini telah mendedahkan kajian terbaru mereka ke atas masa yang diperlukan untuk seseorang jatuh cinta pada pandangan pertama.
Seramai 115 pelajar kolej lelaki dan perempuan telah dipilih untuk kajian ini. Mereka telah diminta untuk meletakkan ciri-ciri lelaki dan wanita idaman masing-masing. Bagi membantu kajian ini, beberapa pelakon lelaki kacak dan wanita cantik telah diminta untuk bergerak dihadapan pelajar-pelajar tersebut. Seterusnya sekumpulan pelajar ini telah diperhatikan pergerakan dan kelakuan mereka dengan menggunkan kamera tertutup.
Apa yang para saintis ini mendapati pelajar lelaki melihat wanita yang mereka tertarik pada purata 8.2 saat. Bagi wanita yang mereka rasakan kurang menarik, pelajar lelaki ini memandang tidak lebih dari 4 saat.
Bagi pelajar perempuan , tempoh masa mereka memandang lelaki tidak ada bezanya antara yang lelaki yang menarik atau tidak.
Selain melihatkan kaitan antara pandangan mata dengan cinta, saintis juga melihat fungsi penglihatan dalam mencari pasangan hidup.
Hasil kajian ini ada diterbitkan di Jurnal Archives of Sexual Behavior.
Sumber: DailyMail
Posted by Mohd Aizat at 11:05 PM 0 comments
Wednesday, September 30, 2009
aQ BaHaGia KeRaNa kaU aDa..
Assalamualaikum w.b.t.. dah lame rasenye ezat xmnulis dalam ruangan blog niey.. n dah lama jgak rasenye aizat xceritakn segala yg dah brlaku dlm hidup ezat nie.. tahun 2009 niey merupakan 1 tahun yg paling mencabar bagi diri ezat.. Kebahagiaan datang dan diselangi dengan kedukaan.. Ezat tahu inilah ujian untuk ezat.. Ezat redha atas sume yg da berlaku.. bermula dengan sekembalinya Ayahanda ezat kerahmatullah pada 07/08/09 yang lalu.. semakin banyak rasanya ujian yg datang menghadap diri ezat niey.. walaupun sedih dengan semua yang berlaku namun ezat tahu ezat hanyalah insan biasa yang xmampu untuk mengulang kembali masa yang telah berlalu.. Ayahanda ezat adalah satu2nya idola ezat yg paling rapat dgn ezat.. dia jugalah inspirasi hidup ezat.. dia sentiasa ada tika ezat benar2 memerlukannya.. Allah maha mengetahui.. Tika ezat benar2 merasa kehilangan.. dia hadirkan seorang insan yang kini menjadi pengganti inspirasi ezat yang telah pergi meninggalkan ezat.. Kehadiran insan yang mana ezat rasa amat bererti dalam hidup ezat adalah satu2nya insan yang mampu mengubat kerinduan ezat pada arwah Ayahanda ezat serta keluarga ezat yang jauh dari ezat.. Dia NURUL NASIBAH BINTI KAMAR JAMAN telah banyak mengajar ezat erti kesabaran.. dia sentiasa ada tika ezat benar2 memerlukan seseorang untuk menjadi peneman ezat.. kerana dia jugalah ezat telah berjaya menghadapi masa2 sukar ezat dengan tenang dan tabah.. dan dia jugalah yg menjadi penguat semangat ezat untuk menghadapi suatu ujian yang akan menjadi penentu hidup ezat nanti iaitu SPM di samping kasih sayang arwah ayah ezat serta doa ibu dan juga adik ezat.. Allah maha mengetahui dan juga maha mengasihani.. dia tahu apa yang diperlukan oleh seseorang insan itu.. Sesungguhnya aq amat bersyukur kepadamu diatas belas kasihanmu yang telah memberikan kebahagiaan kepada diriku yang benar2 memrlukannya.. AMIN...
Posted by Mohd Aizat at 2:00 PM 1 comments
Sunday, July 5, 2009
Remaja Dan Kerapuhan Jiwa
Sehelai demi sehelai majalah itu Amin belek. Bila tiba ke hujung kulit, Amin pergi menonton televisyen, tiada cerita menarik. Bosan! Tiada apa yang hendak dilakukan semasa cuti sekolah ini. Ayah ibunya terlalu sibuk dengan kerja. Kakak dan abangnya masing-masing berada di kolej dan bekerja. Sebagai anak bongsu, dia sangat bosan hanya tinggal dengan pembantu rumah. Lalu dia teringat kawannya, Johan semalam mengajaknya menonton wayang, lantas menghubunginya untuk keluar.
Hari demi hari, begitulah aktiviti Amin. Keluar pun sudah pandai hingga lewat malam. Tiada siapa pun hendak marah dan pantau. Ayah ibu pun pulang lewat malam. Kadang-kadang kedua-duanya terpaksa ke luar daerah, meninggalkan Amin yang disangka mereka sudah besar dan pandai menjaga diri.
Sehinggalah Amin sudah berani mengunjungi tempat-tempat yang tidak sepatutnya dia kunjungi dan terjebak dengan perkara-perkara yang kurang baik. Apa yang nak ditakutkan, tiada siapa yang sedar akan perbuatannya, dan dia merasakan dia bebas melakukan apa sahaja.
Sebahagian remaja kini amat mudah dipengaruhi oleh anasir-anasir yang kurang baik dan cenderung untuk mengikut contoh-contoh yang membawa kepada kerosakan diri dan akhlak.
Kisah seperti Amin di atas yang kekurangan perhatian kedua-dua ibu bapanya menjadikan Amin seorang yang sangat mudah terpengaruh dengan ajakan rakan sebayanya dan pengaruh sekeliling.
Rakan sebaya dijadikan tempat untuk meluahkan perasaan, meluangkan masa bersama-sama serta secara tidak langsung, menjadi sumber teladan yang paling hampir dengan mereka. Selalunya remaja cenderung untuk melawan tradisi dan persekitaran yang mengongkong mereka. Perkara yang kurang baik dan negatif mudah diikuti, manakala perkara yang baik senang sahaja ditolak mentah-mentah dan dicemuh.
Zaman kanak-kanak dan remaja adalah tempoh yang sangat kritikal dan penting dalam pembentukan tingkah laku dan perangai. Naluri suka meniru, berkawan, ingin tahu yang ada pada mereka menyebabkan anak mudah terikut-ikut dengan apa yang ada di sekitarnya. Jika yang mempengaruhi itu adalah hal baik maka ia akan berguna kepada diri remaja tersebut. Jika anak dibiarkan dalam keadaan kelompangan hati dan kekosongan teladan, pengaruh buruk mudah menjadi ikutan. Jika keadaan ini berterusan, kerapuhan jiwa dan minda mudah terjadi.
Terdapat kini sebahagian anak-anak, terutamanya remaja gagal mengenal dan membezakan sesuatu yang berguna atau sebaliknya kerana bimbingan tidak diberi pada tahap awal kehidupannya. Jiwa dan minda mereka menjadi rapuh kerana banyak faktor.
Ketidakprihatinan ibu bapa terhadap pembesaran rohani dan emosi anak-anak mereka antara lain menyebabkan kepada permasalahan ini. Kebanyakan ibu bapa kini bertungkus lumus untuk menyediakan tempat tinggal yang selesa, makanan yang mencukupi serta keperluan asas untuk keluarga, tetapi lupa untuk meluangkan masa untuk anak-anak mereka.
Anak-anak muda yang tidak tahu untuk mengurus kesunyian dan kelompongan jiwa akan mudah mencari teman yang lebih memahami jiwa dan perasaan mereka.
Peringkat awal pembesaran bayi, mereka diberi suntikan imunisasi sebagai langkah pencegahan daripada penyakit untuk menjamin kesihatan jasmani yang mudah terdedah kepada penyakit cacar, Hepetitis B, dan sebagainya. Apabila kekebalan jasmani sudah ada, maka penyakit dapat dicegah. Begitu juga dengan pendidikan emosi anak-anak terutamanya remaja.
Ibu bapa perlu bukan sahaja menitikberatkan aspek jasmani, tetapi juga perlu mengisi jiwa anak-anak dengan amalan rohaniah dan bimbingan agama. Ini akan menjadi bekalan kepada diri remaja supaya lebih teguh menghadapi cabaran dan anasir-anasir yang kurang baik.
Selain itu, konsep berkeluarga dan kehidupan yang bakal mereka lalui apabila dewasa kadang kala tidak diperjelaskan dengan baik oleh ibu bapa. Kebanyakan ibu bapa pula tidak memberikan pedoman yang betul kepada anak remaja mereka tentang apa yang bakal mereka tempuhi apabila dewasa dan kepentingan untuk mempunyai cita-cita dan visi hidup. Ada ibu bapa yang menasihatkan anak-anak untuk berjaya, tetapi tidak pernah mengambil berat tentang prestasi akademik dan kemajuan diri anak mereka di sekolah.
Membina Kekebalan Remaja
Islam menganjurkan pendekatan pencegahan lebih baik daripada mengubati. Pada hari ini, pendekatan mengatasi masalah generasi muda lebih banyak kepada pendekatan natijah terakhir (end result). Bila kerosakan sudah banyak berlaku, tidak banyak yang boleh dilakukan. Bila ketagihan dadah, rokok atau minuman keras mula bertapak ia menjadi agak payah untuk diubati.
Pencegahan bermakna memberi asas kekebalan pada hati dan pemikiran menerusi asuhan dan teladan. Kekebalan jiwa dan pemikiran anak perlu dilakukan menerusi semaian kasih sayang, membina keyakinan dengan asas maklumat dan pengetahuan mudah difahami, ajaran mengenai nilai, adab dan kesantunan supaya anak dengan kelaziman dan kebiasaan baik dapat membezakan sesuatu yang berfaedah atau sebaliknya.
Pengaruh media cetak dan elektronik memberi kesan kepada generasi muda. Apa ditonton dan dibaca membentuk jalan berfikir dan bertindak, kecuali kesedaran awal membezakan sesuatu itu baik atau buruk diberi.
Lazimnya pengaruh persekitaran berlaku sepanjang masa. Anak yang aktif fizikal dan pemikirannya mudah terpengaruh dengan sesuatu diminati dan disukainya tanpa banyak berfikir akibatnya. Keseronokan sering menjadi faktor yang mendorong perlakuan dan tabiat.
Untuk mengubahnya bukanlah satu hal yang mudah. Jika pendekatan pencegahan dibuat pada peringkat awal ia boleh menjadi benteng dalam menghadapi perlakuan negatif.
Selalunya pendekatan pencegahan dilakukan dengan memberi nasihat keagamaan dan menggalakkan mereka mengamalkan nilai-nilai murni dalam kehidupan seharian. Pendekatan ini hanya berkesan dan dapat dijadikan amalan sekiranya ia dilakukan menerusi teladan. Rasional harus diberitahu kepada mereka mengapa amalan baik itu patut berlaku kepada mereka. Interaksi seumpama ini penting dan dilakukan secara fitrah iaitu menerusi kasih sayang, belaian, didikan, tunjuk-ajar dan teladan.
Justeru, kekebalan hati dan pemikiran perlu dipupuk dengan asas teladan, contoh dan maklumat yang sesuai dengan umur dan pengalaman hidup anak. Proses ini harus berlaku berterusan supaya keremajaan dan kedewasaannya nanti memiliki kekebalan yang tinggi serta mampu untuk menghadapi cabaran yang mendatang.
Kesimpulan
Anak-anak, terutamanya remaja perlu dibimbing dengan didikan agama dan pelajaran hidup yang baik. Teladan dan contoh ikutan menjadi asas yang sangat penting kepada remaja supaya dapat meneladani perbuatan dan tingkah laku yang baik dan berakhlak.
Kedatangan maklumat dan pendedahan kepada persekitaran perlu diwaspadai bagi mengelakkan anasir-anasir yang rapuh menjengah ke dalam diri remaja. Namun, pada masa sama, remaja juga harus bertindak bijak serta tidak mengikut perasaan dalam bertindak sebaliknya harus mampu untuk berfikir serta merujuk kepada orang yang lebih tua apabila mengalami kebuntuan atau permasalahan.
Posted by Mohd Aizat at 11:37 PM 0 comments
Menilai Kecantikan Yang Bererti
Seawal zaman Socrates dan Plato, manusia telah cuba mengungkap erti kecantikan. Socrates menyatakan bahawa kecantikan itu sesuatu yang sukar untuk dijelaskan. Akan tetapi anggapan Voltaire jauh lebih tegar dengan menganggap kecantikan itu sesuatu yang mustahil untuk dijelaskan. St. Augustine mengungkap persoalan ini dalam bentuk pertanyaan sekali gus pilihan; adakah kecantikan sesuatu benda itu dilihat kerana ia memberi kesenangan hati, atau hati akan senang kerana melihat sesuatu yang cantik? Kalangan ahli falsafah mengakui bahawa kecantikan melibatkan perasaan gembira, seperti Thomas Aquinas, walaupun sesetengahnya menganggap kecantikan sebagai sesuatu yang benar-benar subjektif sifatnya dan ia sangat bergantung kepada keadaan diri seseorang sebagaimana yang dipegang oleh Rene Descartes.
Kepelbagaian tafsiran mengenai sifat cantik yang ada pada orang, benda atau perbuatan tertentu pada umumnya merupakan kebebasan pemikiran dan naluri. Serentak dengan itu juga tanpa mengira sukarnya untuk membina tafsiran berkenaan kecantikan, ia tidak mengurangkan keghairahan dari kalangan ahli falsafah, penggiat seni, pengkritik, malah dari kalangan ahli sains daripada memberi tindak balas terhadap fitrah kecantikan, abad demi abad.
Walaupun begitu, sekurang-kurangnya ciri-ciri asas dalam mentafsir kecantikan perlu ada untuk dijadikan sebagai wadah perbincangan mengenai sifat cantik yang boleh diterima umum. Di sini, mungkin pada dasarnya kita boleh menerima pandangan orang-orang Yunani kuno yang mentafsir kecantikan sebagai sesuatu yang baik dilihat dari sudut moral masyarakat, bersesuaian dengan kebiasaan masyarakat dan ia sesuatu yang boleh memberi kesenangan hati kepada mata yang melihat. Sementara itu pada kaca mata masyarakat silam Cina, kecantikan merujuk kepada kekayaan, umur yang panjang, berbakat, memiliki nama baik dan mempunyai pekerti.
Kenyataan Charles Darwin yang menyebut bahawa kecantikan menjadi sifat atau kualiti yang sangat tinggi kerana ia sebenarnya mempunyai peranan tertentu merupakan pandangan yang sukar untuk dinafi. Maka, rasa tertarik terhadap kecantikan, keinginan untuk menjadi cantik atau lebih cantik dan hasrat untuk memiliki benda yang cantik adalah adalah sesuatu yang biasa dan bersifat sejagat.
Perkembangan teknologi pengetahuan serta berlakunya silang budaya sebagai sebahagian daripada evolusi atau revolusi perubahan sosial tidak dinafikan mempunyai pengaruh dalam pembinaan neraca dalam mengukur kecantikan. Maka amalan dalam sesetengah budaya masyarakat bagi membentuk kecantikan pada diri seseorang lama kelamaan hilang, tidak diamalkan dan hanya menjadi sejarah. Contohnya amalan mengecilkan kaki di kalangan wanita Cina silam sudah tidak diamalkan oleh generasi baru. Selain ia sangat tidak digalakkan dari segi kesihatan dan kesejahteraan diri yang hakiki.
Melalui pengajaran yang terkandung dalam budaya orang-orang Timur, yang diperturunkan dari satu generasi ke satu generasi, kecantikan itu akan diambil kira bersama dengan peribadi yang baik dan pekerti yang penuh kesantunan. Walaupun tingkah laku orang-orang Timur seperti orang Melayu pada hari ini dikatakan telah semakin berubah dan tidak lagi mengekalkan apa yang dipegang oleh nenek moyang, akan tetapi itulah yang menjadi pengenalan diri kepada orang-orang Melayu dan juga di kalangan bangsa sebelah Timur. Kecantikan wajah seseorang akan bertukar serta-merta menjadi sesuatu yang dilihat buruk dan jelik apabila ia menyerlahkan rasa marah atau bengis. Ini juga yang disebut oleh Plotinus. Sifat malu yang sangat tebal yang secara budayanya dimiliki oleh orang-orang Timur juga menjadi sebahagian daripada ciri-ciri kecantikan yang perlu ada pada diri seseorang. Baruch Spinoza mempunyai pemikiran yang sama lantas mengenepikan kecantikan sebagai intipati kepada nafsu semata-mata.
Silang budaya yang berlaku ada ketikanya lebih tepat disebut sebagai penjajahan budaya. Pegangan yang murni dalam melihat dan menilai kecantikan, terjajah oleh pemikiran-pemikiran yang keras sifatnya lantas menolak pemikiran tradisi yang sesetengahnya bersifat lebih mendamaikan jiwa.
Sesetengah daripada kita menerima bulat-bulat terhadap pengenalan dan tafsiran kecantikan yang tidak diasaskan oleh prinsip-prinsip yang jelas. Bila ini berlaku, kita menjadi begitu taksub sehingga tidak sedar lemas dalam arus. Dari situlah kita membina kecantikan diri dan berpenampilan tanpa mengambil kira secara saksama budaya hidup yang sudah begitu lama melindungi peradaban bangsa.
Juga telah sangat lama sebenarnya kita mentafsir kecantikan menurut apa yang ada secara zahir. Lalu kita terlepas pandang bahawa kalangan yang cacat penglihatan juga mempunyai naluri yang sama untuk menikmati kecantikan. Bagaimana mereka mentafsir kecantikan juga sewajarnya turut diambil dalam perkiraan oleh orang-orang yang celik supaya kecantikan itu dapat dinilai dengan lebih seimbang dan menyeluruh. Mereka menilai melalui suara yang didengar. Cara berhubungan adalah ukuran bagi mereka menilai kecantikan seseorang.
Ketaksuban kita mengejar kecantikan atau ketaksuban kita untuk menjadi lebih cantik adakalanya memerangkap diri sehingga tidak memiliki jati diri. Di sinilah kita melihat pentingnya ketakwaan untuk dijadikan sebagai asas dalam membina neraca untuk mengukur dan menilai erti kecantikan, supaya kecantikan itu merupakan sifat atau unsur yang benar-benar bererti.
Agama akan membimbing naluri dan pemikiran untuk mewujudkan kerangka dalam mentafsir kecantikan. Ada ciri-ciri yang boleh diterima agama sebagai ciri-ciri kecantikan semula jadi. Tetapi agama Islam amat mementingkan tauhid dan juga akhlak sebagai prasyarat yang perlu ada. Agama akan membendung pemikiran, nafsu dan juga emosi untuk kita mentafsir kecantikan, atau bagi kita membentuk kecantikan pada diri. Kecantikan juga seharusnya diguna bagi tujuan yang baik. Sebaliknya, mempergunakan kecantikan dengan niat yang tidak baik hanya akan merendahkan martabat kecantikan itu sendiri.~ Siti Shamsiah Binti Md Supi
Sumber: Ikim
Posted by Mohd Aizat at 11:32 PM 0 comments
Wednesday, June 3, 2009
CINTA DALAM HATI
Ungu - Cinta Dalam Hati
mungkin ini memang jalan takdirku
mengagumi tanpa di cintai
tak mengapa bagiku asal kau pun bahagia
dengan hidupmu, dengan hidupmu
telah lama kupendam perasaan itu
menunggu hatimu menyambut diriku
tak mengapa bagiku cintaimu pun adalah
bahagia untukku, bahagia untukku
reff:
ku ingin kau tahu diriku di sini menanti dirimu
meski ku tunggu hingga ujung waktuku
dan berharap rasa ini kan abadi untuk selamanya
dan ijinkan aku memeluk dirimu kali ini saja
tuk ucapkan selamat tinggal untuk selamanya
dan biarkan rasa ini bahagia untuk sekejab saja
repeat reff
Posted by Mohd Aizat at 10:57 PM 0 comments
Sunday, May 10, 2009
Image Source: syk4ng.deviantart.com
Ibu... bergenang airmataku
Terbayang wajahmu yang redup sayu
Kudusnya kasih yang engkau hamparkan
Bagaikan laut yang tak bertepian
Biarpun kepahitan telah engkau rasakan
Tidak pun kau merasa jemu
Mengasuh dan mendidik kami semua anakmu
Dari kecil hingga dewasa
Hidupmu kau korbankan
Biarpun dirimu telah terkorban
Tak dapat ku balasi
Akan semua ini
Semoga Tuhan membekati kehidupanmu ibu.
Ibu... kau ampunilah dosaku
Andainya pernah menghiris hatimu
Restumu yang amat aku harapkan
Kerana di situ letak syurgaku
Tabahnya melayani kenakalan anakmu
Mengajarku erti kesabaran
Kau bagai pelita di kala aku kegelapan
Menyuluh jalan kehidupan
Kasih sayangmu sungguh bernilai
Itulah harta yang kau berikan
Ibu... kau ampunilah dosaku
Andainya pernah menghiris hatimu
Restumu yang amat aku harapkan
Kerana di situ letaknya syurgaku
Tabahnya melayani kenakalan anakmu
Mengajarku erti kesabaran
Kau bagai pelita di kala aku kegelapan
Menyuluh jalan kehidupan
Kasihanilah, Tuhan
Ibu yang telah melahirkan diriku
Bagaikan kasih ibu sewaktu kecilku
Moga bahagia ibu di dunia dan di akhirat sana
Moga bahagia ibu di dunia dan di akhirat sana
Suatu ketika dahulu, aku pernah tak mengerti.
Tak mengerti kenapa seorang ibu itu akan meleteri anaknya.
Tak faham kenapa seorang ibu itu mahu mengambil tahu
apa sahaja yang berlaku pada anaknya hari tu.
Tak percaya bahawa seorang ibu itu akan sentiasa menyayangi anaknya.
Walau sesakit mana pun beliau disakiti oleh anaknya sendiri.
Tiga tahun dahulu, tika aku mendapat seorang adik kecil.
Dan dari hari itu... aku nampak semuanya.
Aku lihat sendiri kepayahan ibu besarkan adik.
Aku nampak bagaimana risaunya ibu bila adik tak sihat.
Aku tengok bagaimana ibu gagahkan diri untuk layan kerenah adik.
Aku saksikan bagaimana risaunya ibu bila lambat ambik adik kat sekolah.
Di fikiran aku tergambarkan sesuatu, mungkin itulah keadaaannya ibu
sewaktu aku dibesarkan dalam tempoh 17 tahun ini.
Sejak aku belajar jauh dari ibu.
Aku mula mengerti tentang perasaan itu.
Perasaan yang mulanya sangat aku tak faham.
Aku mula rindukan semuanya tentang ibu.
Aku rindukan masakannya.
Aku rindukan sentuhannya.
Aku rindukan suaranya.
Aku rindukan leterannya.
Aku rindukan semuanya tentang ibu.
Ibu insan yang mampu menyentuh hati aku.
Walaupun beliau tidak berbuat apa-apa.
Kepada ibu; Sadiah Binti Othman.
Ibu, terima kasih untuk segalanya.
Terima kasih sebab lahirkan abg ke dunia nie.
Terima kasih kerana susah payah besarkan abg.
Terima kasih kerana selalu berkorban untuk abg.
Terima kasih sebab selalu leterkan abg.
Abg tahu, ibu mahu abg jadi yang lebih baik dari sekarang.
Terima kasih Ibu!
Abg sayang ibu sangat-sangat.
Ampunkan semua salah yang pernah abg buat.
Maafkan abg andai abg pernah menyakitkan hati ibu.
Semoga Allah merahmati hidupmu, ibu.
10 Mei 2009; Selamat Hari Ibu
Kepada semua yang bergelar ibu atau bakal ibu;
Terima kasih kerana berkorban segalanya untuk kami, insan yang bergelar anak. Sesungguhnya, kasihmu ibu membawa ke syurga.
Kepada yang bergelar anak;
Hargailah ibu kalian sepenuh hati selagi mana beliau masih ada di depan mata kalian. Kerna seorang ibu itu sangat istimewa. Kasihnya tidak berbelah bagi untukmu, duhai anak.
Posted by Mohd Aizat at 12:41 PM 0 comments


